Blurb
Wanita seharusnya saling mendukung.
Bukan kerana benci patriarki, tetapi untuk tahu hak diri.
Hidup Alyah sebelum ini biasa-biasa sahaja. Tetapi kehadiran Fazra dan Raef dalam hidupnya, membuatkan dia terpaksa keluar dari zon selesa.
Ya, perubahan adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Tetapi adakah lebih bahagia jika memilih untuk diam dan menerima apa yang dilempar kepada kita dengan reda?
Persahabatan, cinta dan masa hadapan. Suka duka jadi taruhan.
Setiap mereka perlu memutuskan.
Kerana pada akhirnya, cerita kita ... kita yang menulisnya.