Blurb
Miss Nina Cucu Tok Pa!
Itu gelaran yang selalu meniti di bibir orang kampung. Miss Nina yang tidak memilih kerja walaupun graduan lepasan universiti. Miss Nina yang suka menolong dan juga Miss Nina yang lantang bersuara. Kelantangan dia dalam menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu menyebabkan dia mengumpul musuh dalam diam.
Di kampung itu, dia hanyalah si penjual ikan. Berbekalkan lori kecil yang sudah ditelan usia, dia meronda ke setiap pelosok kampung demi kelangsungan hidupnya bersama dengan tok ayah.
Dalam kehidupan seorang Miss Nina, dia hanya ada tok ayah, Fifi dan Din, si ‘bisu’ yang menjadi peneman dan pendengar setia.
Din dipandang hina kerana dahulunya pernah terjerumus dengan najis dadah sehingga dianggap gila dan bisu. Namun, tiada sesiapapun yang tahu kehidupan sebenar di sebalik lelaki yang bernama Solehuddin yang menyimpan seribu satu rahsia.
Siapakah sebenarnya musuh Miss Nina? Siapa pula Din di sisi seorang Miss Nina? Adakah Nina masih mampu menganggap Din sebagai seorang kawan setelah rahsia terbesar lelaki itu akhirnya terbongkar?